Posted on

Hamper Melaka by Zeeyrahamper.com

Anda kena handle majlis kat tempat kerja anda?

ANDA STILL TAK JUMPA HAMPER MAJLIS CANTIK YANG BOLEH PUASKAN HATI ANDA KAT MELAKA?

Nak tak saya tolong anda buat hamper cantik-cantik untuk majlis anda kat office di Melaka, siap dengan penghantaran sekali ke majlis anda, sekaligus buat  boss anda happy tanpa susah payah?

Hai Assalamualaikum, saya Hida.

Saya kerja kat Masjid Tanah, Melaka. Office saya ni memang selalu sangat buat program dan majlis. Memang selalu banyak pakai hamper majlis.

Sayalah tu yang biasanya kena handle majlis-majlis ni. Dah banyak sangat majlis saya handle, dari peringkat negara, negeri, daerah dan kampung.

Boss saya memang percaya sangat kat saya, apa-apa majlis pun nak saya yang handle sebab dia cakap saya tahu apa yang dia nak. Tak payah cakap panjang-panjang.

Kat semua majlis yang saya handle, ramai orang kenamaan, orang besar-besar datang. Tak cukup dengan tu, orang setempat pun ramai. Boss saya pulak memang jenis yang susah sikit nak ambil hati dia, especially bab-bab nak handle majlis ni. Yerlah, majliskan banyak benda kena buat. Dan semuanya berkait dengan nama baik dia.

Yang paling susah bagi saya ialah masa nak cari hamper cantik yang eksklusif, nak bagi dekat VIP yang datang dan hamper program cabutan bertuah. Kalau takda hamper-hamper ni, memang tak meriahla majliskan?

Especially hamper cabutan bertuah. Sebab hamper cabutan bertuah nilah yang buat orang stay sampai majlis habis, sebab nak menang hamper cabutan bertuah. Bagi boss saya, penting untuk ramai orang datang kat majlis dia, sebab dia ada tetamu kehormat dan VIP. Penting untuk jaga nama baik dia dan naikkan imej dia.

Semua majlis ada hamper yang paling sesuai. Tak semua hamper sesuai untuk semua majlis. Alhamdulillah, saya dah takda masalah nak pilih hamper mana untuk majlis apa.

Dulu, saya tak macam tu. Dulu boss saya pernah marah saya pasal majlis yang saya handle tu. Dia cakap hamper tak eksklusif kat tetamu dia. Majlis dia tak nampak eksklusif macam yang dia nak. Sebagai pekerja yang nak approval boss, memangla saya frust dan sedih kalau kena marah.

Biasanya orang suka beli hamper majlis, hamper VIP dan hamper cabutan bertuah kat pasaraya-pasaraya biasa. Macam Mydin atau Giant tu. Boss saya pun tak suka sangat. Hamper dalam tu biasanya barang tak berkualiti tinggi, cantik tu biasa-biasa je. Dia nak hamper cantik, unik, berkualiti tinggi dan lain dari yang lain, sesuaikan dengan nak jaga imej company dia.

Kalau beli kat pasaraya, nak unik apanya kan? Satu Malaysia pun beli hamper yang sama huhu. Silap haribulan, tetamu VIP kat majlis anda tu tahu dan cam yang anda bagi dia hamper VIP dan hamper cabutan bertuah yang beli kat pasaraya. Still best jugak, tapi kurang eksklusif lah untuk tetamu kehormat kan..

Anda rasa apa yang diorang fikir pasal boss dan majlis anda? Mesti diorang rasa diorang tu tak special dan tak pentingkan? Padahal boss anda sangat pentingkan diorang.

Kalau benda tu jadi, apa pulak yang boss anda fikir pasal anda? Anda tak jaga nama baik dan imej dia depan orang yang sangat penting bagi dia, client yang sangat berharga dalam business anda. 

Habislaaa…lepas ni boss dah tak percaya lagi kat anda. Apatah lagi nak bagi anda handle majlis-majlis penting dia. Dia dah pandang anda sebelah mata…Alamak, lepas ni susahlah nak mintak cuti, naik pangkat, naik gaji dan dapat bonus….

Anda rasa kenapa biasanya orang cari hamper majlis, hamper VIP dan hamper cabutan bertuah tu kat pasaraya?

Sebab dulu kat Melaka ni, memang susah sangat nak cari kedai hamper yang jual banyak jenis hamper untuk majlis. Nak cari kedai orang kita sendiri lagila susah. Sebab susah nak cari tula ramai yang beli je kat pasaraya… Tapi tak tahula pulak boss tak sukakan.

Tapi tu dulu tahun 2013, sekarang saya tak macam tu lagi.

Sekarang ni boss saya selalu puas hati dengan majlis yang saya handle, Alhamdulillah. Dia cakap saya tahu apa yang dia nak.

Macam mana saya dapat tawan balik hati boss saya?

Sebenarnya, saya frust sangat masa saya kecewakan hati boss pasal hamper VIP dan hamper cabutan bertuah tu. Masa tu saya ingat dah ok. Start dari hari tu, saya belajar dan observe apa yang boss saya nak dan suka, sebab taste dia tinggi. Yerlah business dia kan, penat-penat dia buat, takkan nak cikai-cikai pulak, macam mana nak survive nanti. 

Start saya faham je penting untuk saya ambik hati boss dan penting untuk saya jaga nama baik boss dan perniagaan kat orang ramai especially kat pelanggan dan tetamu kehormat, saya belajar buat hamper cantik, hamper VIP dan hamper cabutan bertuah sendiri.

Ya sendiri, nasib baik bab ni boss saya sporting. Dia tak kisah saya buat bisness. Start dari tu saya belajar macam mana nak buat hamper cantik yang bermutu tinggi, eksklusif dan unik untuk naikkan seri majlis boss saya dan gembirakan hati pelanggan dan tetamu kehormat. Nasib baik saya ada team, dioranglah yang buat semua kerja tu.

Sekarang ni, oleh sebab saya dah tahu nak buat hamper yang berkualiti sesuai dengan majlis boss saya yang eksklusif tu, boss saya dah boleh puas hati. Dia dah tak payah risau lagi kalau ada majlis lain yang dia nak buat. Client dan tetamu kehormat dia semua happy dan dia selalu kena puji. Semua dia bagi saya handle.

Anda pun boleh jadi macam saya.

Boss anda percaya kat anda dan puas hati dengan kerja anda.

Tapi anda jangan gelabah dulu, saya tak cakap anda kena buat sendiri semua hamper majlis, hamper VIP dan hamper cabutan bertuah tu kalau nak yang cantik. Saya je yang gatal buat sendiri, hehehe.

Sekarang ni saya nak share dengan anda, kepakaran saya dari 2013 sampailah sekarang, handle majlis besar-besar dari peringkat negara, negeri dan jugak peringkat daerah dan kampung-kampung. Dah biasa handle tetamu kehormat VIP Menteri Kerajaan, Dato’ Datin, Kerabat Diraja dan orang ramai.

Dengan pengalaman nilah saya dan team bukak satu Kedai Hamper di Masjid Tanah, Melaka iaitu Kedai Zeeyra Hamper Melaka, Gift House.

Saya tahu hamper VIP dan hamper cabutan bertuah apa yang sesuai untuk majlis anda. Anda dah tak payah pening kepala nak fikir hamper apa yang sesuai dan bazir masa nak survey hamper kat tempat lain.

Jadi, setiap majlis yang anda handle, kalau pasal hamper je, biar saya dan Zeeyra Hamper Melaka je yang buat. Anda dah tak payah duk risau lagi pasal hamper. So anda ada banyak masa lagi untuk settlekan benda penting lain untuk majlis anda.

Zeeyra Hamper Melaka boleh buat hamper ikut apa yang anda nak dari Hamper Majlis, Hamper Cabuan Bertuah, Hamper Buah ke Hamper Ekslusif untuk tetamu kehormat anda. Bukan tu je, Zeeyra Hamper Melaka jugak ada servis penghantaran sekali ke tempat majlis anda ikut masa yang anda nak.

BILA SAMPAI HARI MAJLIS…

Kalau ada orang tanya, “cantik hamper-hamper ni, mana dapat?”

Masa tu bagitau la.. “saya guna servis tiptop Zeeyra Hamper Melaka!” he..he..

Zeeyra Hamper Melaka happy tolong anda buat Hamper Majlis di Melaka untuk anda!

Ini gambar team Zeeyra Hamper Melaka masa tengah buat hamper-hamper yang anda tempah tu.

 

“WAHHH CANTIKNYA! JENIS HAMPER APA YG ADA HIDA?”

Zeeyra Hamper Melaka terima order anda untuk buat Hamper :

  • Hamper Makanan,
  • Hamper Bekas,
  • Hamper Makanan Ringan,
  • Hamper Cabutan Bertuah,
  • Hamper Buah,
  • Hamper Cookies,
  • Hamper Ekslusif, dan
  • Hamper Coklat.

 

“ADA CONTOH TAK NAK TENGOK?”

Mestila ada, jom tengok :

HAMPER MELAKA

 

Anda perlu ORDER je, dan tunggu Zeeyra Hamper Melaka pergi hantar hamper majlis anda atau anda boleh datang ambil sendiri kat kedai Zeeyra Hamper Melaka.

Cantik & mengancamkan? Mesti boss anda puas hati, client pun senang hati.

Hamper ni tengah tunggu anda datang ambil je.

 

“BARANG APA YG HIDA LETAK DALAM HAMPER TU?”

Sebenarnya banyak jenis, tapi biasanya makanan dan minumanla. Jangan risau, Zeeyra Hamper Melaka memang pakai barang makanan dan minuman yang berkualiti, branded dan cantik je. Sebab saya tahu betapa pentingnya nak jaga nama baik dan imej boss dan company anda. Saya pun mestila nak jaga imej Zeeyra Hamper Melaka jugakkan, hehe.

 

“HIDA, COMPANY SAYA NI ADA PRODUK SENDIRI. BOLEH TAK NAK LETAK PRODUK COMPANY TU SEKALI DALAM HAMPER?”

Haaaa, yang ni biasa kalau company anda tu buat produk sendiri. Mestilah boleh letak, anda bagi je produk anda tu kat Zeeyra Hamper Melaka. Nanti saya dan team susun cantik-cantik produk anda tu kat dalam hamper majlis, hamper VIP dan hamper cabutan bertuah. Nanti baru client selalu ingat kat anda kan? Branding!

 

“BOSS SAYA NI SUKA BAGITAHU NAK BUAT MAJLIS LAST MINUTE SAMPAI TAK SEMPAT NAK CARI @ ORDER DULU HAMPER. ADA HAMPER YANG READY MADE TAK?”

Macam tulah bosskan, sabar jelah… Saya faham perasaan anda sebab saya pun ada boss hahaha. Tapi jangan risau, biasanya kat kedai Zeeyra Hamper Melaka tu, memang banyak je hamper yang ready stock. Khas untuk orang yang ada boss macam anda!

Anda just datang pilih je pastu bawa balik terus senang. Selalu jugak orang datang Kedai Zeeyra Hamper Melaka, dah tengok hamper yang cantik-cantik, terus borong semua hamper sampai licin satu kedai!

Gelabah team operation nak penuhkan kedai balik dengan hamper. Team operation memang terbaiklah, laju je buat hamper macam kilang, kejap je dah siap hamper majlis, hamper VIP dan hamper cabutan bertuah anda. Tup tup dah penuh balik kedai Zeeyra Hamper Melaka, hehe.

 

“SENANGLA MACAM TU…ADA MINIMUM ORDER TAK HIDA”?

Kedai Zeeyra Hamper Melaka ni takda minimum order, nak 1 je pun boleh. Saya akan buat 1 special hamper majlis khas untuk anda. Apa yang penting bagi saya ialah nak tolong anda dapatkan hamper Melaka dan anda senang hati.

Kenapa Zeeyra Hamper Melaka still terima walaupun 1 order?

Sebab saya percaya, takkan ada 10, 100, 1000 order tanpa ada 1 order dari anda dulu. Dari 1 order tulah boleh jadi 1,000 order in syaa Allah. Kita kuatkan hubungan. Sebab Zeeyra Hamper Melaka ni pun dulu start dengan 1 order je dulu, sampai sekarang dah tak terkira banyak mana dah order. Tanpa anda, siapalah Zeeyra Hamper Melaka.

 

“HIDA, BOLEH DATANG SELF COLLECT TAK KAT KEDAI?”

Kalau anda nak tahu, Zeeyra Hamper Melaka ni ada kedai tau. Bukan buat kerja kat umah, maklumlah tak muat buat kat rumah tempahan banyak. So, anda bolehla datang jenguk-jenguk dan ambil hamper kat Kedai Zeeyra Hamper Melaka ni. Saya memang suka anda datang.

 

“KALAU DELIVERY PULAK MACAM MANA?”

Mestila ada. Saya tahu anda maybe duduk jauh dari Masjid Tanah. Order hamper cabutan bertuah dan hamper VIP banyak pulak tu. Semua gedabak-gedabak dan tinggi. In syaa Allah, satu Melaka Zeeyra Hamper Melaka boleh tolong hantarkan. Anda bagi je alamat, in syaa Allah sampai.

 

“OK HIDA, PUAS HATILAH! MACAM MANA SAYA NAK TEMPAH HAMPER MELAKA NI?”

Kalau anda nak order hamper dari Zeeyra Hamper Melaka, buat je mana-mana step kat bawah :

  1. WhatsappORDERanda ke 017-305 4350; atau
  1. CALL/SMS saya di 017-305 4350

 

Klik sini untuk terus whatsapp:

Atau,

klik sini untuk terus call :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *